Di Fullerton Markets, kami menunjukkan prestasi melalui hasil kerja kami. Sejak penubuhan syarikat kami, kami telah membayangkan broker kami sebagai kuasa yang hebat dalam industri perdagangan. Dan kami telah melakukan sebegitu – membina sebuah syarikat yang amat berbangga dengan ciri keselamatan dana, pelaksanaan yang cepat, dan sistem penciptaan kekayaan dan pendapatan.

Kami telah merealisasikan semua ini dengan memastikan nilai-nilai teras kami tetap utuh – Keghairahan, Kecemerlangan, Komitmen, dan Ketahanan.

Kami adalah pasukan bersemangat waja. Kami sentiasa menceburi cabaran baru dan melihat pertumbuhan dalam inovasi. Kami juga didorong dan berdedikasi untuk meningkatkan kekayaan serta kejayan setiap pelanggan kami – dengan memberikan mereka peluang untuk belajar dan terus maju dalam perjalanan kewangan mereka. Bagi setiap pelanggan yang sedia untuk berdagang atau berlabur, kami turut sedia untuk bekerjasama dengan mereka.

Kecemerlangan telah menjadi ciri utama syarikat kami. Kami bekerjasama dengan beberapa bank terbesar di dunia untuk menyediakan kecairan (liquidity) tier satu. Pelanggan kami menikmati akses ke pasaran kewangan terbesar di dunia dan pengalaman perdagangan paling lancar di platform kami. Rekod prestasi kecemerlangan kami telah diiktiraf di peringkat global, dan kami telah menerima pelbagai anugerah selama ini.

Komitmen adalah slogan kami. Fullerton Markets menjanjikan keselamatan yang tidak tertanding dengan Fullerton Shield – pelan perlindungan keselamatan dana bertahap tiga kami. Kami juga menyediakan Perlindungan Baki Negatif yang memastikan pelanggan kami tidak akan pernah mengalami baki negatif dalam akaun dagangan mereka. Di Fullerton Markets, kami berhasrat untuk mewujudkan persekitaran yang dibina atas kepercayaan, di mana setiap orang selamat untuk mengembangkan kekayaan mereka.

Akhir sekali, Fullerton Markets amat berbangga dengan ketahanan (sustainability) kami. Visi kami untuk jangka masa panjang ialah untuk melibatkan setiap pelanggan kami untuk bersaing dengan berkesan di pasaran kewangan dan membuat keputusan kewangan yang terbaik untuk membawa mereka jauh ke masa hadapan. Matlamat utama kami adalah untuk terus membina jenama kami sebagai broker Forex utama di Asia, merintis masa depan perdagangan dan keusahawanan, dan membawa perubahan positif dalam komuniti kami.

170511-FM-Website-OpenAccountNow-bahasamelayu-Button(outline)