Keselamatan Dana yang Tiada Tandingan

Dana korporat dan dana pelanggan disimpan dalam akaun bank berasingan. Semua pelanggan dilindungi di bawah Fullerton Shield, yang dilengkapi dengan 3 lapisan keselamatan dana. Ini termasuk akaun bank terasing, Perlindungan Kustodian Bebas dengan Kustodian Fullerton serta Indemniti Profesional & Jenayah oleh Insurans Lloyd's Underwriter.

 

Kredibiliti Global

Seorang pemikir terkenal dalam industri kewangan, Mario telah muncul lebih daripada 40 kali di media antarabangsa CNBC dan Bloomberg, dan pandangannya mengenai pasaran ditonton oleh kira-kira 350 juta penonton di seluruh dunia. Sebagai perunding korporat yang berjaya, Mario telah dibawa masuk oleh beberapa bank terbesar di dunia untuk bercakap dengan peniaga dan pelanggan mereka. Antara pelanggan beliau termasuk ICBC - bank terbesar China, Julius Baer - bank Swiss terbesar ketiga dan OCBC - kedudukan oleh Bloomberg sebagai bank paling kukuh di dunia pada tahun 2011 dan 2012.

 

Pelaksanaan Sepantas Kilat

Pusat data kami terletak di lokasi utama di seluruh rantau Asia Pasifik untuk memastikan pengalaman perdagangan yang lancar. Pusat data kemudiannya disambungkan ke pelayan laju ultra tinggi yang terletak di London - pusat kewangan terbesar di dunia. Melalui perkongsian kami dengan bank-bank tahap satu dan Equinix, sebuah syarikat awam bernilai berbilion dolar yang disenaraikan di NASDAQ, kami tidak menjimatkan perbelanjaan untuk memastikan latency sambungan yang rendah ke pelayan berdedikasi kami di London. Ini telah memastikan kelajuan rangkaian kurang dari 1 milisaat.

 

Tier Satu Liquidity Provider

Kami menawarkan pelanggan-pelanggan kami akses langsung kepada pasaran kewangan terbesar di dunia. Perdagangan dilaksanakan tanpa sebut harga semula. Ini memastikan bahawa semua pelanggan kami diberi harga yang terbaik apabila mereka ingin membeli atau menjual. Kami bekerja dengan beberapa liquidity provider terbesar di dunia untuk memastikan bahawa pelanggan kami menikmati kestabilan harga pada kadar yang kompetitif. Kami menyediakan mudah tunai daripada beberapa bank global terbesar dan ECN termasuk Credit Suisse, Citibank, Deutsche Bank, FXSpotStream, Hotspot, Barclays dan J.P. Morgan. 

 

Bantuan Khas 24 Jam 

Semua pelanggan disokong dengan pasukan pegawai khidmat pelanggan professional dan  berdedikasi. Kami meletakkan keutamaan dalam melatih pegawai khidmat  pelanggan kami untuk memberikan sokongan bertaraf dunia untuk semua pelanggan kami. Kami memastikan pengurus pegawai khidmat pelanggan kami bersabar, memahami dan dilengkapi dengan pengetahuan yang betul dan kemahiran untuk menyelesaikan isu-isu pelanggan dalam masa yang sesingkat mungkin. Pasukan kami boleh dihubungi 24 jam sehari, 5 hari seminggu melalui talian platform live chat. Bahasa sokongan kami termasuk Bahasa Inggeris, Cina, Bahasa (Indonesia & Malaysia), Thai dan Vietnam. 

 

Perlindungan Baki Negatif

Dalam pasaran yang semakin tidak menentu, kemungkinan terdapat senario jarang yang akan berlaku dimana pelanggan mungkin menghadapi kerugian melebihi modal mereka. Untuk melindungi kepentingan pelanggan, Fullerton Markets telah memperkenalkan Perlindungan Baki Negatif yang membolehkan pelanggan yang terjejas untuk menghapuskan sebarang baki negatif pada akaun dagangan mereka.

Semua pelanggan Fullerton Markets dapat menikmati ciri keselamatan ini dengan hanya mengemukakan permintaan dalam Fullerton Suite mereka.

 

Mencipta Sistem Kekayaan

Kami percaya bahawa sesiapa sahaja mampu mencipta kekayaan, dan kami berada di sini untuk memberi sokongan kepada mereka yang memerlukannya. Kami memahami nilai untuk melengkapkan pelanggan kami dengan alat dan pengetahuan untuk membolehkan mereka bersaing dengan berkesan di pasaran. Pedagang kami sentiasa mempunyai akses kepada pelbagai sumber yang sentiasa dikemas kini, termasuk penyelidikan pasaran mingguan dan webinar, serta video mengenai perdagangan. Sementara itu, Introducing Broker kami mendapat manfaat daripada aliran kerja dan proses perdagangan yang diperkemas dengan sistem back office kami yang komprehensif, Suite Fullerton, dan kotak peralatan pemasaran, PipBox. Dengan berkongsi ilmu pengetahuan dan teknologi, kami memberi hak kepada pelanggan kami untuk membina kekayaan mereka dengan yakin.

 

Start here